Kes Covid-19 di AS cecah 1.2 juta

Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada 6 petang (2200 GMT) semalam.
Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada 6 petang (2200 GMT) semalam.
A
A
A

NEW YORK - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada 6 petang (2200 GMT) semalam, menurut data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, seramai 70,646 orang maut setakat ini.

New York kekal negara paling teruk dilanda wabak dengan 321,192 kes dan 25,073 kematian diikuti New Jersey 130,593 kes dan 8,244 kematian.

Massachusetts, Illinois, California dan Pennsylvania masing-masing mencatat lebih 50,000 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: