X

Kindly register in order to view this article
!

Jabatan Kesihatan Melaka nafi arahan saringan di Masjid Tanah

Gambar hiasan.
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Kesihatan Melaka menafikan mengeluarkan arahan untuk diadakan program saringan koronavirus (Covid-19) di Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini seperti yang tular dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp serta media sosial semalam.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Ismail Ali menerusi kenyataan hari ini berkata, jabatan itu tidak pernah mengeluarkan hebahan berkenaan kepada orang awam yang mengunjungi sebuah pasar raya di Masjid Tanah.

"Bagaimanapun sesiapa yang terdedah kepada faktor-faktor risiko jangkitan Covid-19 dan mempunyai simptom berkaitan, mereka dinasihatkan untuk datang menjalani pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan.

"Untuk maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai perkara itu, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2356999/6851 atau emel [email protected]," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!