Budak 5 tahun curi pandu kereta ibu, mahu beli Lamborghini

Kanak-kanak tersebut ditahan polis. Kredit foto Metro.Co.Uk
Kanak-kanak tersebut ditahan polis. Kredit foto Metro.Co.Uk
A
A
A

OGDEN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang memandu kenderaan milik ibunya telah ditahan polis ketika dalam perjalanan untuk membeli Lamborghini.

Kanak-kanak itu ditahan di sebatang lebuh raya Utah berdekatan Ogden.

Menurut Metro.Co.Uk, pada awalnya polis menjangkakan dia merupakan pemandu kurang upaya (OKU).

Mereka kemudiannya terkejut apabila mendapati pemandu kereta berkenaan merupakan seorang kanak-kanak lelaki.

Apa yang lebih mengejutkan, kanak-kanak itu ternyata sedang menuju ke California yang terletak kira-kira 800 batu dari kawasan tersebut.

Jurucakap polis lebuh raya Utah dalam satu ciapan Twitter berkata, kanak-kanak itu merajuk dengan ibunya kerana tidak mahu membelikannya sebuah Lamborghini.

"Jadi dia membuat keputusan untuk memandu kereta ibunya dan menuju ke California untuk membeli kereta itu sendiri," jelasnya.

Polis hanya menjumpai wang sebanyak AS$3 di dalam dompet kanak-kanak tersebut semasa soal siasat dijalankan.

Artikel Berkaitan: