194 peniaga Pasar Besar Seremban jalani saringan Covid-19

Peniaga beratur untuk membuat saringan di Pasar Besar Seremban.
Peniaga beratur untuk membuat saringan di Pasar Besar Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Pejabat Kesihatan Daerah Seremban menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap 194 peniaga di Pasar Besar Seremban hari ini.

Ujian saringan berkenaan dilakukan susulan terdapat peniaga di situ disahkan positif Covid-19 Sabtu lalu selepas mengambil barang niaga dari Pasar Borong Selayang.

Menerusi laman Facebook rasmi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) peniaga yang terlibat membuat saringan ialah ikan, sayur, kelapa dan ayam.

Menurut sumber, terdapat beberapa siri saringan lagi yang akan dilakukan terhadap peniaga yang terlibat dan dijangka mengambil masa antara dua ke tiga hari lagi.

Terdahulu menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Harlina Abdul Rashid menafikan seramai 600 peniaga di Pasar Besar Seremban yang mempunyai kontak rapat dengan kluster Pasar Borong Selayang perlu membuat saringan Covid-19.

Beliau berkata, hanya mereka yang diarahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sahaja yang perlu hadir menjalani saringan.

Artikel Berkaitan: