'Tiada dendam, ini ujian hidup, saya reda' - Syamsul Yusof

Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai talak satu kira-kira jam 12.25 tengah hari tadi.- Foto Awani
Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai talak satu kira-kira jam 12.25 tengah hari tadi.- Foto Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menyifatkan perceraiannya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana sebagai ujian dalam hidupnya.

Kata Syamsul, dia reda dengan apa yang berlaku dengan harapan ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

"Saya anggap ini ujian hidup, kami pun bukan muda lagi jadi kami perlu kuat untuk menghadapinya.

"Alhamdulillah pengakhirannya baik. Saya berharap Sarah dapat teruskan kehidupan dengan baik, begitu juga saya.

"Kami masing-masing mendoakan satu sama lain, walaupun sudah berpisah tapi tiada dendam antara kami," katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Rabu.

Pasangan itu sah bercerai talak satu kira-kira jam 12.25 tengah hari tadi.

Tambah Syamsul, mereka memilih untuk mengambil keputusan yang tidak akan memberi implikasi negatif terhadap anak-anak.

Dua anak pasangan itu, Shaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, berada di bawah jagaan Puteri Sarah, namun tiada halangan untuk Syamsul datang melawat atau bertemu pada bila-bila masa.

Sementara itu, Puteri Sarah berharap tiada lagi persengketaan dan hubungan baik dapat terus terjalin demi kebaikan anak-anak.

"Saya berharap tiada lagi persengketaan dan kami berbaik seperti dijanjikan.

"Sambut hari raya pun macam biasa, kami akan sambut bersama keluarga. Saya tetap berbaik dengan keluarga mentua, masih pergi ke rumah mereka dan tidur di sana," katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut tentang isteri Syamsul, Ira Kazar namun memberi bayangan segalanya sudah selesai.

"Tiada komen. Mengenai kes dengan Ira, saya tak boleh dedahkan lebih lanjut," katanya.

Dalam pada itu, peguam Syamsul, Azmi Rais mengklasifikasikan kes pasangan itu sebagai 'penyelesaian penuh'.

"Saya tak boleh komen secara terperinci tetapi apa yang boleh dikatakan mereka capai penyelesaian secara baik, tiada lagi dakwa-dakwi antara kedua belah pihak.

"Cuma sekarang kena ke Mahkamah Tinggi, ada terma yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi, untuk merekodkan berdasarkan perjanjian yang telah ditangani pada 13 Jun antara kedua-dua belah pihak," ujarnya. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] 'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof

'Doakan... semoga kita berpisah' - Puteri Sarah

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul