Polis digesa siasat empat bekas menteri PH

Ummah Johor membuat laporan polis berhubung kenyataan empat pemimpin Pakatan Harapan.
Ummah Johor membuat laporan polis berhubung kenyataan empat pemimpin Pakatan Harapan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Johor hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan empat pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang didakwa berbaur hasutan ketidaksetiaan dan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong serta Institusi Raja- Raja Melayu.

Laporan berkenaan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini supaya siasatan dilakukan terhadap kenyataan empat bekas menteri daripada PH yang berbaur hasutan menerusi ucapan kepada orang ramai pada Mac lalu.

Empat pemimpin berkenaan ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi Amanah, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Ummah Johor, Roslan Nikmat ketika ditemui selepas membuat laporan polis itu berkata, ucapan mereka boleh mencetus ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Terutama dalam ucapan itu boleh disimpulkan seolah-seolah ada penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," katanya yang merupakan jurucakap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Beliau berkata, tujuan laporan itu dibuat supaya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap empat pemimpin PH tersebut di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan agar tidak menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.

Artikel Berkaitan: