Perlu terima hakikat hidup bersama Covid-19

Hari ini bermula kebebasan sosial dan ekonomi bersyarat yang diputuskan kerajaan setelah 47 hari rakyat Malaysia mengharungi PKP akibat wabak pandemik Covid-19. Foto: 123RF
Hari ini bermula kebebasan sosial dan ekonomi bersyarat yang diputuskan kerajaan setelah 47 hari rakyat Malaysia mengharungi PKP akibat wabak pandemik Covid-19. Foto: 123RF
A
A
A

Hari ini bermula kebebasan sosial dan ekonomi bersyarat yang diputuskan kerajaan setelah 47 hari rakyat Malaysia mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid-19.

Ketika membuat keputusan berkenaan pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam dilema.

Pertamanya tekad untuk memutuskan rantaian Covid-19 memerlukan kepada tempoh berkurung yang lebih lama, tetapi pada masa yang sama aktiviti ekonomi perlu diaktifkan semula.

Seperti yang dinyatakan Muhyiddin, Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara kita akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

Rata-rata rakyat meluahkan kebimbangan mereka di media sosial mengenai padah yang bakal diterima apabila lockdown dilonggarkan lebih awal tatkala jangkitan masih berlaku.

Malah, netizen merujuk kepada Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua penularan Covid-19 selepas perintah berkurung tiga minggu ditamatkan pada 19 Mac lalu, apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Tambahan pula terdapat negeri di Malaysia tidak akur sepenuhnya dengan kebebasan itu, mereka sebaliknya menetapkan beberapa syarat seperti tidak boleh makan di restoran dan hanya premis mendapat kelulusan dibenarkan beroperasi.

Sebenarnya, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa hidup perlu diteruskan dan kita tidak boleh mengharapkan Covid-19 akan lenyap terus daripada kehidupan.

Artikel Berkaitan:

Adakah kita sanggup PKP dikuatkuasakan sehingga dua tahun bagi menamatkan terus jangkitan? Apa akan jadi dengan mereka yang bekerja secara harian dan hilang pekerjaan dalam tempoh ini?

Covid-19 perlu dilihat sebagai penyakit-penyakit lain yang berada di sekeliling kita seperti denggi, kencing manis dan penyakit berbahaya lain.

Walaupun kaedah jangkitan lebih berbahaya dan 'halimunan', ia akan dapat diatasi sekiranya kita mengamalkan langkah pencegahan, kawalan kendiri untuk keselamatan diri dan masyarakat sekitar.