Kedah tangguh sementara PKPB

MUKHRIZ
MUKHRIZ
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menangguhkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sementara waktu untuk memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB yang diumumkan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia akan diteliti demi memastikannya sesuai mengikut keperluan negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga berazam untuk mempertahankan status Kedah kekal sebagai zon hijau setelah tiada lagi kes aktif koronavirus (Covid-19) dikesan di semua daerah.

"Jadi, pelaksanaan di bawah PKPB ditangguhkan di Kedah sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja keselamatan Negeri (Khas Covid-19) pada 5 Mei ini.

"Pendirian ini diambil demi menjamin Kedah kekal sebagai zon hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus Covid-19," katanya.

Menurutnya, keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi, selain mengingatkan untuk sementara waktu ini supaya mereka terus kekal di rumah dan amalkan penjarakan sosial.

Artikel Berkaitan: