Kluster baharu tapak pembinaan Kuala Lumpur

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu iaitu di tapak pembinaan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas 28 kes positif wabak koronavirus (Covid-19) dikesan di kawasan itu.

Menurutnya, KKM masih meneliti punca berlakunya kluster baharu itu dan tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan kluster sedia ada.

"Mungkin ada berkaitan kluster perhimpunan Seri Petaling dan ada juga yang berkaitan dengan kluster pasar borong sebab ada rakan mereka kerja di pasar borong terbabit.

"Ada juga dikaitkan dengan kluster Kampong Bharu. Jadi siasatan masih dijalankan boleh kira kaitkan dengan kluster lain.

"Setakat ini kita tidak dapat bukti yang kukuh untuk kaitkan dengan kluster pasar borong atau Kampong Bharu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kesemua kes positif yang dikesan itu melibatkan bukan warganegara Malaysia.

Artikel Berkaitan: