Bekalan keperluan asas cukup: Ismail Sabri

Orang awam memilih barangan keperluan ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di ibu negara, baru-baru ini.
Orang awam memilih barangan keperluan ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di ibu negara, baru-baru ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan ini adalah mencukupi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan di 1,013 pemeriksaan premis perniagaan semalam.

Beliau berkata, ia meliputi pemantauan ke atas 794 peruncit, 189 pemborong dan 30 pengilang.

"Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang Ramadan kerana dijamin mencukupi," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengingatkan pengguna untuk membuat aduan segera sekiranya terdapat pihak yang menaikkan harga melampau.

"Jika ada isu berkaitan kenaikan harga mendadak lapor terus kepada KPDNHEP," katanya.

Artikel Berkaitan: