Rugi RM23,500 muat turun aplikasi palsu

Aplikasi yang dimuat turun oleh mangsa sehingga menyebabkan wang di dalam akaun banknya hilang. Gambar kecil: Noorzainy
Aplikasi yang dimuat turun oleh mangsa sehingga menyebabkan wang di dalam akaun banknya hilang. Gambar kecil: Noorzainy
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang pengurus syarikat berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM23,500 di dalam akaun banknya lesap selepas memuat turun satu aplikasi yang dihantar sindiket penipuan dalam talian di sini kelmarin.

Mangsa berusia 32 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai Mahkamah Labuan dan mendakwa mangsa terlibat dengan kes dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa kemudiannya telah disambungkan dengan pegawai polis berpangkat Inspektor sebelum dia dimaklumkan mempunyai dua waran tangkap atas penglibatan dalam kes jenayah.

Menurutnya, mangsa diarahkan untuk muat turun satu aplikasi didakwa daripada Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu bnmsafe sebelum diminta memasukkan maklumat peribadi dan perbankan.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan membuat panggilan secara rawak dan memperkenalkan diri mereka sebagai pihak berkuasa termasuk polis sebelum menghantar satu pautan (www.negarabank.com.my/nbm.apk) melalui WhatsApp," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Artikel Berkaitan: