Jumlah kes ingkar PKP kembali meningkat

Anggota polis dan tentera memeriksa kenderaan yang melalui sekatan jalan raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar ibu kota hari ini. -Foto Bernama
Anggota polis dan tentera memeriksa kenderaan yang melalui sekatan jalan raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar ibu kota hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah tangkapan individu yang ingkar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat semula apabila mencatatkan sebanyak empat kes baharu, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 414 individu ditahan semalam berbanding 410 individu kelmarin kerana ingkar PKP.

Menurutnya, bilangan berkenaan merangkumi 407 individu yang direman dan tujuh individu dijamin polis.

"Selain itu, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 2 Mei 2020 (semalam) adalah sebanyak 23,680 individu," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama

Selain itu katanya, sebanyak 823 sekatan jalan raya dibuat di seluruh negara semalam melibatkan pemeriksaan ke atas 552,999 kenderaan.

Menurutnya, sebanyak 36,345 pemeriksaan mengejut juga diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 5,833 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: