X

Kindly register in order to view this article
!

Pacuan empat roda terbakar

Pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang terbakar di hadapan Mardec Baling malam tadi.
A
A

ALOR SETAR - Sebuah kenderaan pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di hadapan Mardec Baling, Jalan Kupang, Baling di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran kira-kira jam 8.50 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kebakaran.

"Kebakaran itu melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang terbakar 30 peratus terbakar di bahagian enjin dan papan pemuka.

"Anggota melakukan operasi pemadaman dan tamat sepenuhnya pada jam 9.36 malam. Kebakaran itu tidak melibatkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!