Lelaki ditahan didakwa hina isteri Nabi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BARRU - Seorang mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghina Ummul Mukminin dan juga isteri kepada Nabi Muhammad SAW, Siti Aisyah di laman sosial.

Menerusi Detik News, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan ketika berada di kampus swasta di Sulawesi Selatan (Sulsel).

Ketua Polis Daerah Barru, Pesuruhjaya Kanan Adjung Welly Abdillah mengesahkan kejadian dan siasatan masih diteruskan.

Welly berkata, hasil siasatan mendapati Bahrul menciap lirik lagu dinamakan Aisyah isteri Rasulullah di akaun Twitter bernama @bung_bahrulku.

"Suspek menyedari bahawa apa yang dia hantar itu salah dan dikecam netizen di laman sosial.

"Dia sedar kesalahannya, juga telah padam status tersebut serta memohon maaf," katanya.

Polis juga telah merampas bukti seperti telefon bimbit Bahrul untuk siasatan lanjut.

Kes ini akan disiasat atas kesalahan melakukan jenayah menyebarkan maklumat yang bertujuan untuk menimbulkan kebencian atau permusuhan terhadap individu dan atau kumpulan orang tertentu berdasarkan etnik, agama, bangsa dan antara kumpulan (SARA).

Artikel Berkaitan: