X

Kindly register in order to view this article
!

Masjid Putra Heights lebar dakwah ke Jepun

A
A

SUBANG JAYA - Masjid Putra Heights bersama Pusat Dakwah Islam di Jepun mengambil inisiatif melaksanakan program dakwah ke negara matahari terbit itu.

Menerusi kenyataan rasmi, Masjid Putra Heights memaklumkan, ia selaras dengan program 'Nur Islam Di Negara Matahari Terbit' yang telah dilaksanakan kerajaan sebelum ini melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memberikan latihan piawaian khusus kepada pelbagai agensi di Jepun tentang prosedur dan tatacara penyediaan makanan halal serta tempat ibadah orang Islam di sana.

"Melalui makluman daripada Pusat Dakwah Islam di sana, secara amnya masyarakat Islam Jepun tidak mempunyai aliran mazhab tertentu tetapi mereka lebih tertarik dengan cara pendekatan dan pengamalan Islam di Malaysia," katanya melalui kenyataan tersebut.

Katanya, sebagai kelompok agama paling minoriti, mereka tidak mempunyai akses khusus untuk mendalami ajaran Islam secara kondusif kerana mereka hanya mendapat pendedahan dan bimbingan pengetahuan Islam daripada imigran beragama Islam di negara mereka.

Menurut kenyataan itu, kelompok Islam minoriti di Jepun juga harus diberi perhatian kerana mereka tergolong dalam kategori asnaf mualaf dan dalam konteks pelaksanaan dakwah tersebut, Masjid Putra Heights selaku penganjur menjadikannya sebagai asnaf fi sabilillah kepada semua umat Islam di Malaysia untuk sama-sama membantu masyarakat Islam Jepun.

"Dalam masa yang sama, kejayaan program ini dapat mengurangkan rasa prejudis orang lain terhadap islamofobia," katanya.

Jelasnya, penganjuran program islamisasi oleh Masjid Putra Heights terbahagi kepada beberapa fasa antaranya penyediaan terjemahan al-Quran dan bahan rujukan terjemahan dalam bahasa Jepun untuk diagihkan kepada komuniti Islam dan seluruh masjid di Jepun.

Pihaknya ketika ini juga sedang dalam proses menyediakan 3,000 naskhah terjemahan al-Quran dan 3,000 naskhah buku terjemahan 'Indahnya Hidup Bersyariat' untuk diagihkan di negara tersebut.

Pihaknya juga bakal mengadakan program berkembar dengan masjid-masjid di Jepun bagi tujuan kesinambungan modul dakwah berdasarkan garis panduan dan tatacara oleh pihak berwajib kerajaan Malaysia.

Bersempena bulan Ramadan, pihaknya turut menyediakan wadah perkongsian untuk orang ramai melakukan amal jariah dengan menyumbang kepada Infaq Dakwah di Jepun melalui akaun Bank Islam bernombor 12159010029873, melalui talian 016-6436433/ 013-2979297 atau hubungi Facebook Majlis Putra Heights untuk maklumat lanjut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!