20 pati, seorang tekong darat dicekup Aksem

Seorang 'tekong darat' warga tempatan dan 20 pendatang asing tanpa izin termasuk kanak-kanak berusia empat tahun dicekup Aksem Kelantan.
Seorang 'tekong darat' warga tempatan dan 20 pendatang asing tanpa izin termasuk kanak-kanak berusia empat tahun dicekup Aksem Kelantan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang 'tekong darat' warga tempatan dan 20 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk kanak-kanak berusia empat tahun dicekup Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kelantan awal pagi tadi.

Kesemua Pati dan tekong darat itu dicekup dalam serbuan di pangkalan haram Kampung Bagus, di sini pada jam 5 pagi tadi.

Rusli (tengah) semasa sidang media diadakan di pejabat Aksem Rantau Panjang.
Rusli (tengah) semasa sidang media diadakan di pejabat Aksem Rantau Panjang.

Komander Aksem Kelantan,Rusli Karim berkata, kesemua Pati itu dicekup dalam dua buah kenderaan berasingan iaitu Proton Waja dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nazaria.

"Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemandu kereta Proton Waja, bertindak sebagai tekong darat turut dicekup dalam serbuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat Aksem Rantau Panjang di sini hari ini.

Menurutnya, satu das tembakan kearah tayar Proton Waja terpaksa dilepaskan selepas pemandunya bertindak diluar kawalan dengan cuba merempuh anggota Aksem.

Katanya, kesemua Pati yang ditahan itu terdiri daripada 15 lelaki dan empat wanita berusia antara 15 hingga 43 tahun.

Artikel Berkaitan:

Rusli berkata, kes tersebut akan disiasat bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2017 serta menghalang tugas penjawat awam.

Katanya, kejayaan ini adalah maklumat orang awam.

"Fokus Aksem sebelum ini adalah untuk membuat tangkapan ke atas Pati.

"Namun kali ini, fokus kita adalah untuk putuskan rantai penyeludupan dan aktiviti pemerdagangan manusia," katanya.