Hampir separuh kes positif Covid-19 baharu libat kes import

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan semasa wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan semasa wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Hampir separuh atau 25 daripada 57 kes positif baharu yang direkodkan hari ini melibatkan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kumulatif kes import melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara kini meningkat kepada 251 kes.

"Ingin dimaklumkan bahawa daripada 57 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 25 kes adalah kes import.

"Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 32 kes sahaja," katanya pada sidang akhbar perkembangan kes terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah kes import baharu paling tinggi iaitu 13 orang.

"Negeri lain yang turut mencatatkan kes baharu melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai tujuh orang, Melaka (dua kes), Johor (tiga kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (satu kes)," katanya.

Artikel Berkaitan: