X

Kindly register in order to view this article
!

Kes tangkapan di Sabak Bernam meningkat pada fasa tiga

Seramai 50 individu di Sabak Bernam ditahan atas kerana mengingkari PKP sepanjang tempoh fasa ketiga.
A
A

SABAK BERNAM - Kes tangkapan melibatkan pelbagai alasan ke atas individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Sabak Bernam mencatatkan peningkatan sepanjang tempoh fasa tiga yang berakhir kelmarin, berbanding sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, seramai 50 individu ditahan dalam tempoh berkenaan, meningkat satu kes berbanding fasa dua iaitu 49 dan hanya sembilan kes dicatatkan pada fasa satu.

Menurutnya, dari segi pecahan kumpulan usia yang ditahan, individu berusia 22 hingga 59 tahun mencatat kesalahan tertinggi dengan 44 kes.

"Tangkapan kedua tertinggi pula membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas iaitu sebanyak tiga kes, manakala dua kes melibatkan individu berusia 19 hingga 21 tahun dan satu kes mencatatkan individu berusia 18 tahun ke bawah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Agus Salim berkata, daripada kesalahan itu, sebanyak 46 kes membabitkan lelaki berbanding empat kes wanita.

Menurut beliau, kes itu disiasat atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 269 KK/Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB).

"Selain itu, kes turut disiasat mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!