Covid-19: 50,000 kit ujian pantas dari Korea Selatan tiba Jumaat ini

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 50,000 kit ujian pantas atau rapid test kit wabak koronavirus (Covid-19) kumpulan pertama dari Korea Selatan dijangka sampai ke Malaysia Jumaat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan untuk menggunakan peralatan perubatan tersebut.

Menurutnya, pada hari keesokan atau Sabtu, sejumlah 100,000 lagi peralatan itu akan tiba di negara ini.

"Kita akan beri keutamaan kepada Sabah dan Sarawak kerana penggunaan rapid test kit ini mungkin boleh dilaksanakan di sana yang mana ada kelebihan dari segi jangka masa yang diambil cepat dan juga boleh dilaksanakan di lapangan.

"Kerana dari segi logistik di Sabah dan Sarawak (terhad) dari segi pengangkutan untuk membawa spesimen dan sebagainya.

"Kita juga akan tempatkan dua Biosafety Cabinet di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penumpang transit contohnya kita juga boleh laksanakan ujian tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, menyedari masalah logistik yang terpaksa dihadapi di Sabah dan Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi keutamaan peralatan itu diberikan kepada klinik dan hospital di kedua-dua negeri berkenaan.

Artikel Berkaitan: