Wanita sanggup berhutang kerana PPE

Becca ketika memakai sut PPE. - Foto The Sun
Becca ketika memakai sut PPE. - Foto The Sun
A
A
A

PORTSMOUTH - Seorang wanita di sini sanggup berhutang semata-mata mahu membeli peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang disimpan di rumahnya.

Menurut The Sun, Becca Brown, 35, juga turut menyimpan sarung tangan, topeng muka dan pelindung muka.

“Kawan-kawan saya mencadangkan agar saya mendermakan PPE tersebut kepada hospital. Saya menjawab mereka seharusnya lebih bersedia,” kata Becca.

Becca sentiasa melakukan pembelian dalam talian daripada Amazon. - Foto The Sun
Becca sentiasa melakukan pembelian dalam talian daripada Amazon. - Foto The Sun

Becca berkata, bukanlah menjadi tanggungjawabnya untuk menyediakan alat kelengkapan kepada hospital tapi itu adalah tugas kerajaan.

“Kalau saya boleh cukup bersedia, kenapa jururawat dan doktor di hospital tidak boleh melakukan hal yang sama,” kata Becca.

Katanya, jika hospital tidak mempunyai kelengkapan yang cukup, itu bukanlah salah dirinya tetapi salah kerajaan.

“Apabila koronavirus (Covid-19) datang, saya sudah bersedia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Becca juga dipulau oleh rakan-rakannya di atas perbuatan tersebut.

Becca bersama bekalan topeng muka. - Foto The Sun
Becca bersama bekalan topeng muka. - Foto The Sun