Bekalan makanan, keperluan harian dijamin mencukupi

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan harian dan makanan mencukupi sepanjang Ramadan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan harian juga mendapati bekalan berkenaan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan.

Menurutnya, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan di 1,044 premis membabitkan peruncit (815), pemborong (198) dan pengilang (31).

"Secara keseluruhan kesemua bekalan yang diperlukan cukup dan mudah diperoleh," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang Ramadan kerana dijamin mencukupi.

"Bagaimanapun orang ramai boleh melaporkan kepada KPDNHEP jika berlaku kenaikan harga," katanya.

Artikel Berkaitan: