Habib buka cawangan ke 29 di Nilai

Datuk Seri Meer Sadik Habib menunjukkan antara koleksi di Habib Nilai.
Datuk Seri Meer Sadik Habib menunjukkan antara koleksi di Habib Nilai.
A
A
A

HABIB Jewel Sdn Bhd melebarkan sayap perniagaannya apabila berjaya membuka cawangan ke-29 di Pasaraya Aeon Nilai, hari ini, selepas cawangan pertama Habib di negeri ini di buka di Mydin Seremban 2 pada 2013 lalu.

Pengarah Urusan Habib Holdings Sdn Bhd, Datuk Meer Sadik Habib, berkata cawangan kedua di Negeri Sembilan ini dibuka atas permintaan tinggi daripada pelanggannya, yang mahukan sebuah lagi bilik pameran di sini, memandangkan sebelum ini mereka terpaksa membeli produk keluaran Habib luar daripada Negeri Sembilan.

“Kita dapati kebanyakan pembeli yang datang di bilik pameran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah mereka yang berasal daripada Negeri Sembilan, disebabkan ada permintaan tinggi daripada pelanggan,dan memandangkan pasaraya Aeon ini mula dibuka, maka kita menambah lagi cawangan Habib di Nilai.

“Bilik pameran Habib di Nilai merupakan satu-satunya cawangan yang mengunakan konsep LED di sekeliling dinding untuk mempamerkan imej grafik barangan kemas dan berlian secara bergerak, bagi menarik perhatian pelanggan,” katanya.

No Image Caption



Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pembukaan cawangan baharu Habib Jewels yang ke-29 di Pasaraya Aeon Nilai di sini tadi.

Tambahnya, cawangan di Nilai ini merupakan antara bilik pameran yang terbesar di Negeri Sembilan, dan termoden dengan reka bentuk keluasan premis yang cantik serta selesa.

Pelbagai koleksi baru dan menarik boleh didapati di Habib cawangan Nilai, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina ini, Habib membawa konsep Baba dan Nyonya bagi setiap koleksi emas dan berlian yang dikeluarkan oleh syarikatnya.

Kata Meer Sadik, pelbagai reka bentuk barangan emas dan berlian yang baru akan dikeluarkan setiap hari bagi membolehkan pelanggan membuat banyak pilihan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, selain barangan kemas dan berlian, pihaknya turut menjual jongkong emas 999 bermula dari berat lima gram, 10, 50 dan 100 gram sehingga satu kilogram untuk mereka yang berminat menjadikan emas sebagai satu bentuk pelaburan.

“Harapan saya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan demi memenuhi kepuasan mereka dengan mengeluarkan pelbagai koleksi terbaru, terkini dan yang paling penting harga kami adalah berpatutan,” katanya.

Bukan sahaja di Malaysia, Habib Jewels turut berjaya menembusi pasaran di luar negara seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia.