X

Kindly register in order to view this article
!

88 pelajar IPT zon utara pulang ke zon tengah malam ini

Ismail Sabri pada sidang media harian berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Proses penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diteruskan melibatkan seramai 88 pelajar lagi dari zon utara yang akan bergerak pulang ke zon tengah pada malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, proses berkenaan melibatkan empat IPT awam.

"Pelajar terlibat adalah dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Univerisiti Utara Malaysia (UUM), Univerisiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok dan Pulau Pinang.

"Mereka akan dihantar pulang ke zon tengah menggunakan bas yang menghantar pelajar zon tengah ke zon utara malam tadi. Bas berkenaan telah disanitasi terlebih dahulu," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, seramai 4,878 lagi pelajar akan bergerak pulang ke rumah masing-masing bermula esok melibatkan pelajar intra-zon.

"Pada esok, seramai 4,878 pelajar yang akan bergerak ke kampung masing-masing tetapi semuanya dalam zon yang sama.

"Sebagai contoh, zon utara ke zon utara. Universiti di zon utara ke zon utara membabitkan seramai 653 yang akan bergerak pulang malam esok, begitu juga dengan zon timur ke zon timur (1,165 pelajar), Sabah ke Sabah (lebih 2,164) manakala ke Labuan (11) dan ke zon Sarawak ke Sarawak (833)," katanya.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, seramai 790 pelajar membabitkan sembilan IPT yang bergerak pulang ke kampung masing-masing malam tadi telah selamat tiba.

Ia membabitkan pelajar di zon utara - Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!