Tetap bersyukur walau tanpa pelamin, saudara-mara

Pasangan pengantin mengaminka doa dibacakan oleh Mohd Nazri selepas pasangan pengantin selamat bernikah di Mini Auditorium Masjid Al-Azim, di Bukit Palah, di sini, hari ini.
Pasangan pengantin mengaminka doa dibacakan oleh Mohd Nazri selepas pasangan pengantin selamat bernikah di Mini Auditorium Masjid Al-Azim, di Bukit Palah, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang pembantu jualan lega dan bersyukur apabila dia dan pasangannya selamat dinikahkan di Mini Auditorium Masjid Al-Azim, di Bukit Palah, di sini hari ini.

Norafiqa Norzaihan, 24, berkata, walaupun tanpa pelamin dan saudara-mara yang memeriahkan majlis namun tetap mencatat sejarah dan kenangan manis dia dan suami Aidilakmal Yahya, 27, yang bernikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Pernikahan, perceraian dan Rujuk Daerah Melaka Tengah, Mohd Nazri Abdul Majid,

Norafiqa memberitahu, mereka bertunang selama setahun dan merancang mengadakan majlis pernikahan pada 27 Mac lalu namun tidak dapat dilaksanakan susulan wabak Koronavirus (Covid-19) yang melanda negara.

Norafiqa
Norafiqa

Menurutnya, sebelum PKP dia dan suami, kakitangan di sebuah syarikat penghantaran telah mengedarkan jemputan tetapi mujur keluarga dan rakan memahami situasi ketika ini.

"Kami bersyukur apabila Jabatan Agama Islam Melaka (JAlM) memaklumkan pernikahan dapat diteruskan. Walaupun ketika Ramadan namun cukup menggembirakan kami sekeluarga.

"Paling penting akad nikah berjalan lancar dan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan tahniah melalui menerusi dan mendoakan kebahagiaan kami dari jauh," kata anak bongsu dari lima beradik itu.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tarikh hari ini turut menjadi tarikh keramat apabila sesi pernikahan yang berwalikan jurunikah turut disaksikan bapa kandungnya dan bapa angkat.

"Alhamdulillah sejak bayi lagi saya dijaga oleh bapa angkat dan kedua-dua bapa saya hadir menyaksikan pernikahan kami yang diadakan secara sederhana dan ada kelainannya," katanya yang menetap di Tanjung Minyak.

Aidilakmal (kanan) menyerahkan mas kahwin kepada Norafiqa dan disaksikan Mohd Nazri di Mini Auditorium Masjid Al-Azim, di Bukit Palah, di sini, hari ini.
Aidilakmal (kanan) menyerahkan mas kahwin kepada Norafiqa dan disaksikan Mohd Nazri di Mini Auditorium Masjid Al-Azim, di Bukit Palah, di sini, hari ini.

Bagi juruteknik dari Alai, Abdul Rahman Mahmod, 30, dan pasangan Norhaslinah Mokhtar,31, majlis akad dipermudahkan dan diadakan secara ringkas yang hanya dihadiri seorang wakil dari mereka.

"Sebelum ini kami reda majlis ditangguhkan tetapi tidak menyangka menerima surat daripada JAIM yang membolehkan akad nikah dan proses juga tidak mengambil masa lama," katanya.

Selain mereka, tujuh lagi pasangan pengantin di daerah Melaka Tengah yang dinikahkan di hari ini.

Difahamkan sejak Rabu lalu bakal pengantin hadir untuk menjalani majlis akad nikah yang diadakan di dewan itu dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKP iaitu menjaga jarak sosial, memakai topeng muka, membuat pemeriksaan suhu badan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Sebelum ini, JAIM membenarkan majlis akad nikah pengantin Islam dilaksanakan di negeri itu walaupun dalam tempoh PKP namun terikat dengan syarat serta kawalan yang ketat oleh pihak berkuasa agama terbabit.

Pengarahnya, Datuk Azahan Md Samat berkata, bagi memastikan semua majlis akad nikah dapat dilaksanakan dengan lancar JAIM menyediakan garis panduan khas yang wajib dipatuhi pasangan pengantin serta ahli keluarga.