Polis Kedah bantu kelancaran pelajar balik kampung

Zainuddin (kiri) menunjukkan barangan keperluan rumah yang akan diagihkan kepada 415 keluarga yang terkesan di seluruh Kedah.
Zainuddin (kiri) menunjukkan barangan keperluan rumah yang akan diagihkan kepada 415 keluarga yang terkesan di seluruh Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Kedah akan membantu mempermudahkan perjalanan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang akan dihantar pulang ke kampung secara berperingkat bermula hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya menjangkakan akan ada banyak bas membawa pelajar tersebut menghala ke utara.

Menurutnya, pengurusan universiti juga sudah diminta menghubungi Ketua Polis Daerah masing-masing bagi memastikan kelancaran pergerakan di jalan raya dan juga destinasi yang ditetapkan.

"Kita menjangkakan jumlah bas meningkat pada waktu malam dan tiba ke destinasi masing-masing pada sebelah pagi," katanya kepada media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan makanan kepada semua ketua polis daerah untuk diserahkan kepada 415 penerima yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zainuddin berkata, polis Kedah mengutip sumbangan dalam kalangan mereka untuk membantu mereka yang memerlukan di luar sana.

Dalam pada itu, beliau memuji kerjasama rakyat Kedah yang mematuhi PKP namun masih ada yang ingkar dan membuat keputusan sendiri melakukan urusan yang tidak sepatutnya.

"Lebih kurang 2,000 sudah ditahan dan sebahagian mereka telah dikompaun manakala yang lain akan dituduh di mahkamah," katanya.

Artikel Berkaitan: