Mohd Radzi nafi tulis artikel 'Siapakah Rohingya?'

Mohd Radzi menafikan menulis artikel bertajuk Siapakah Rohingya? seperti mana yang tular di laman sosial.
Mohd Radzi menafikan menulis artikel bertajuk Siapakah Rohingya? seperti mana yang tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Briged Infantri Ke-11 Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigedier Jeneral Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Hamid menafikan menulis artikel bertajuk Siapakah Rohingya? seperti mana yang tular di laman sosial.

Mohd Radzi berkata, tindakan individu yang telah memasukkan gambar, menulis nama penuhnya termasuk perkataan ATM ke dalam artikel itu adalah satu perbuatan yang salah dan tidak bertanggungjawab.

“Reka bentuk artikel sebegini bukan daripada saya. Artikel tu telah tersebar untuk kepentingan tertentu, saya tidak tahu apa tujuannya,” katanya melalui kenyataan di Facebooknya semalam.

Artikel bertajuk Siapakah Rohingya? tular di laman sosial sejak Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: