Penduduk Taman Seri Murni sambut 1 Ramadan tanpa masalah

Nasi ayam yang diedarkan kepada penduduk semalam.
Nasi ayam yang diedarkan kepada penduduk semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Meskipun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun penduduk beragama Islam yang tinggal di Taman Seri Murni di sini berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada 1 Ramadan semalam tanpa banyak masalah.

Pengerusi Surau An-Nur Taman Seri Murni, Yaakob Ismail berkata, soal makan untuk sahur dan berbuka tidak menjadi masalah buatnya sekeluarga kerana sudah diberikan keperluan asas.

"Insya-ALLAH stok makanan untuk seminggu ini cukup cuma nak dapatkan makanan mentah yang sedikit masalah.

"Semalam dah diberikan nasi ayam untuk buka puasa, hari ini dah dimaklumkan tiada yang taja makanan jadi kena masak sendiri. Itu tidak menjadi masalah makan saja apa yang ada," katanya.

Penduduk Taman Seri Murni antara sebahagian penduduk yang menjalani PKPD keenam di Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong.

Terdahulu, tular dakwaan penduduk PKPD keenam itu tidak makan sehari dan tidak mendapat bekalan makanan selepas perintah itu dilaksanakan Isnin lalu.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Azlan Ismail, 49, berkata, dia bersyukur menikmati juadah berbuka puasa nasi ayam, kurma, kuih dan buah-buahan yang diberikan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel Berkaitan:

Keadaan di Taman Seri Murni yang dikenakan PKPD.
Keadaan di Taman Seri Murni yang dikenakan PKPD.

"Saya tak jangka dapat juadah buka puasa, isteri pun sebenarnya dah masak.

"Alhamdulillah, walaupun tak dibenar meninggalkan rumah namun makan pakai kami terjaga.

"Malah stok bekalan makanan untuk dimasak juga lebih dari cukup untuk tempoh 14 hari dan mungkin sehingga hari raya nanti," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azlan berkata, dia mewakili penduduk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat terutama petugas di PKPD.

"Terima kasih kepada yang menyumbang, badan bukan kerajaan, petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bekerja untuk membantu kami di sini.

"Kami juga tiada masalah bekalan stok makanan dan saya dimaklumkan banyak pihak lagi mahu menyumbang cuma menunggu giliran untuk pastikan semua dapat bantuan," katanya.