PKP: Peniaga makin kreatif tambah pendapatan

Suami Norazni, Asmawi turut membuat penghantaran lemang selain barangan basah.
Suami Norazni, Asmawi turut membuat penghantaran lemang selain barangan basah.
A
A
A

JEMPOL - Rata-rata peniaga di daerah ini mula menjalankan perniagaan alternatif bagi meraih pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Pengusaha spa dan kecantikan, Nur Alwani Spa Bahau, Norazni Md Tolah, 39, berkata, berniaga barangan basah menjadi pilihannya dalam tempoh PKP melalui perkhidmatan penghantaran terus ke rumah.

Ulam antara yang dijual Norazni. Gambar kecil: Norazni Md Tolah
Ulam antara yang dijual Norazni. Gambar kecil: Norazni Md Tolah

Menurutnya, dia bersama suaminya Asmawi Kasim, 45, mengambil inisiatif tersebut selepas premisnya ditutup sepanjang PKP.

"Walaupun spa tidak dibuka tapi sewa kedai perlu dibayar. Jadi saya dan suami pilih untuk menjual barang basah dan sayur kampung.

"Hasil jualan ini dapat menampung perbelanjaan harian selain digunakan untuk membuat lain-lain pembayaran yang penting," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Peneroka Felda Palong 3, Janian Samad, 69, berkata, dia menjual tanah campuran untuk semaian dengan menyediakan perkhidmatan bayaran secara tunai ketika penghantaran (COD).

Janian (kiri) bersama menantunya ketika membuat tanah semaian.
Janian (kiri) bersama menantunya ketika membuat tanah semaian.

Artikel Berkaitan:

"Sejak PKP, permintaan terhadap tanah campuran tinggi susulan orang ramai mula memilih aktiviti bercucuk tanam di kawasan rumah," katanya.

Dalam pada itu di Kuala Pilah, dua beradik yang juga pengusaha ladang tebu, Shaliashazwan, 24 dan Shaliashaziq Mohd Sahar, 26, juga turut memilih perkhidmatan COD air tebu segar di sekitar kampung.

Shaliashazwan (kanan) bersama adiknya di ladang tebu mereka.
Shaliashazwan (kanan) bersama adiknya di ladang tebu mereka.