X

Kindly register in order to view this article
!

Bukan semua warga asing disaring

Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak melakukan ujian saringan wabak koronavirus (Covid-19) ke atas semua pekerja asing di negara ini sebaliknya memberi tumpuan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kumpulan yang berisiko.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kedua-dua kumpulan itu dipercayai terdedah dengan perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

"Kita buat (saringan) pendekatan tertumpu (targeted approach) di PKPD Malaysian Mansion, Selangor Mansion dan Menara City One kerana kita melihat dua kumpulan ini terdedah perhimpunan tersebut.

"Jadi maksudnya kita tidak melakukan ujian saringan kepada semua pekerja asing tetapi hanya di kawasan lokaliti kes atau bagi mereka yang berisiko tinggi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kemungkinan KKM menyasarkan untuk menyaring semua pekerja asing di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pendekatan sama turut dilakukan terhadap pekerja asing di Pusat Bandar Utara dan Sekitar Pasar Borong Selayang yang dipercayai turut terdedah atau menyertai perhimpunan di Sri Petaling.

"Tindakan kita adalah targeted approach di mana kita tidak membuat saringan ke atas semua pekerja asing tetapi hanya melibatkan mereka di PKPD dan berisiko tinggi atau mempunyai kontak rapat dengan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai 14,187 warga asing telah disaring di mana 676 daripada jumlah itu didapati positif.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf