Covid-19: Selangor Mansion catat 20 lagi kes baharu

Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion, Kuala Lumpur terus merekodkan pertambahan kes positif wabak koronavirus (Covid-19) apabila 20 kes baharu lagi dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan bilangan keseluruhan kes di kawasan itu meningkat kepada 166.

"Kawasan PKPD lain yang turut berlaku pertambahan ialah Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur iaitu sebanyak 10 kes.

"Selain itu, PKPD Malayan Mansion turut merekodkan tiga lagi kes baharu dan satu kes di Kampung Sungai Lui," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, sebanyak 12 negeri hari ini mencatatkan sifar kes positif baharu berbanding lapan negeri semalam.

Negeri berkenaan ialah Perlis,Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Lain-lain negeri ialah Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Artikel Berkaitan: