[VIDEO] Tuanku Muhriz titah Ismail teruskan khidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan

A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan Datuk Ismail Lasim meneruskan khidmat dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar seperti biasa.

Ismail dalam sidang akhbar di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Seremban pada Jumaat.
Ismail dalam sidang akhbar di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Seremban pada Jumaat.

Ismail berkata, titah tersebut dimaklumkan oleh baginda ketika sesi menghadap di Istana Hinggap di sini pada Jumaat.

"Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan dalam sesi menghadap tadi agar saya meneruskan khidmat dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi memastikan kesinambungan pentadbiran serta kepentingan rakyat dan negeri ini terpelihara.

"Sehubungan itu, saya akan terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komitmen dan dedikasi," katanya dalam sidang akhbar di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini pada Jumaat.

Menurut Ismail, beliau mengakui bahawa pelantikannya sebagai Menteri Besar adalah atas perkenan Tuanku Muhriz dan telah mengangkat sumpah di hadapan baginda pada 2 Ogos lalu.

Malah katanya, aku janji yang dibuat di hadapan Tuanku Muhriz itu juga adalah atas kerelaannya sendiri.

"Alhamdulillah, saya telah diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz untuk meneruskan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, saya Datuk Ismail Lasim yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan melalui surat cara di bawah tandatangan dan mohor negeri Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan telah mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Mulia pada 2 Ogos 2026, selanjutnya memberikan aku janji ini atas kerelaan saya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!