[VIDEO] Pelajar SBP ditemukan maut: Anak tak pernah cerita masalah persekolahan - Bapa

A
A
A

TAIPING - Rutin harian persekolahan dan di asrama seorang pelajar Tingkatan Tiga yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar pada Rabu berjalan seperti biasa, sama seperti pelajar lain.

Bapanya mangsa berkata, sepanjang perbualan dengan anak ketiga daripada lima beradik itu, tiada sebarang perkara luar biasa diceritakan mengenai kehidupan persekolahannya.

Ahli keluarga dan waris dilihat berada di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping bagi menunggu proses bedah siasat yang dijalankan selesai.
Ahli keluarga dan waris dilihat berada di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping bagi menunggu proses bedah siasat yang dijalankan selesai.

Menurut beliau, anaknya yang mula bersekolah di institusi berkenaan sejak Tingkatan Satu juga tidak pernah berkongsi sebarang masalah berkaitan kehidupan asrama.

"Persekolahan macam biasa. Kehidupan asrama pun sama seperti pelajar-pelajar lain," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping pada Khamis.

Ahli keluarga dan waris dilihat berada di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping bagi menunggu proses bedah siasat yang dijalankan selesai.
Ahli keluarga dan waris dilihat berada di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping bagi menunggu proses bedah siasat yang dijalankan selesai.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga dari sebuah SBP di Kuala Kangsar ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bangunan sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping bagi menjalani bedah siasat dan mengenal pasti punca kejadian.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dalam satu kenyataan mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung siasatan insiden tersebut.

Mengulas lanjut, bapa mangsa berkata, berita mengenai kejadian itu diterimanya daripada pihak polis dan pengetua sekolah antara jam 3 hingga 4 petang Rabu.

Katanya, kali terakhir mereka berjumpa semasa cuti perayaan Deepavali lepas, namun sempat berhubung menerusi aplikasi Telegram sehari sebelum kejadian, apabila arwah berkongsi aktiviti biasa berkaitan kehidupan di sekolah.

"Kalau ikut perancangan keluarga sebelum ini, memang kami merancang supaya anak meneruskan persekolahan di sekolah itu sehingga tamat Tingkatan Lima," katanya.

Setakat jam 11.30 pagi, proses bedah siasat ke atas mangsa masih berjalan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping.
Setakat jam 11.30 pagi, proses bedah siasat ke atas mangsa masih berjalan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping.

Beliau berharap siasatan berhubung kejadian itu dijalankan secara telus dan menyeluruh.

Menurutnya, pengurusan sekolah telah memberikan penerangan berhubung insiden berkenaan, namun pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian sementara menunggu hasil siasatan polis dan bedah siasat.

"Saya harapkan siasatan telus dan menyeluruh daripada semua aspek.

Saya tak boleh buat andaian apa-apa kerana ia masih tertakluk kepada hasil siasatan," katanya.

Jenazah dijadualkan dikebumikan di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebaik selesai proses bedah siasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!