Zafar Ahmad nafi tuduhan palsu di media sosial

Zafar Ahmad
Zafar Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhom), Zafar Ahmad Abdul Ghani hari ini menafikan yang beliau mengatakan orang Melayu bodoh dan menuntut hak sama rata masyarakat Rohingya dengan rakyat Malaysia.

Beliau turut menafikan mengeluarkan kata-kata jelik seperti seperti yang dimuat naik di media sosial.

“Hantaran itu menjadi tular menyebabkan pelbagai kecaman dan ugutan terhadap saya, keluarga, ahli jawatankuasa Merhrom dan pelarian Rohingya secara amnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zafar Ahmad juga berkata, beliau turut menerima kecaman dan ugutan bunuh melalui telefon dan media sosial.

“Saya juga terpaksa menyah aktifkan akaun Facebook buat sementara waktu bagi mengelakkan kecaman dan ugutan yang berterusan,” katanya.

Menurutnya, berikutan tuduhan itu usaha Merhrom untuk membantu pelarian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga terhenti.

Bagaimanapun beliau mengucapkan menghargai usaha kerajaan Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mengetengahkan isu kezaliman Myanmar terhadap orang Rohingya.

“Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya saya ada tersalah cakap. Sekali lagi saya menafikan semua tuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

Artikel Berkaitan:

“Sokongan daripada pelbagai pihak amat kami perlukan bagi mendesak kerajaan Myanmar menghentikan genosid dan mengembalikan kerakyatan kepada etnik Rohingya bagi membolehkan kami pulang ke negara asal,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Henti halang pelarian etnik dapat perlindungan