Sarjan polis antara dua maut nahas tiga kenderaan di SDE

Dua maut termasuk anggota polis berpangkat Sarjan selepas tiga kenderaan terbabit dalam kemalangan di KM52.8 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Isnin. Foto : IPD Kota Tinggi
Dua maut termasuk anggota polis berpangkat Sarjan selepas tiga kenderaan terbabit dalam kemalangan di KM52.8 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Isnin. Foto : IPD Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan antara dua individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 52.8 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, anggota itu dikenali sebagai Jorari Jusoh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Jelasnya, maklumat berhubung kejadian diterima daripada orang awam kira-kira jam 1.55 pagi.

Menurut beliau, kemalangan membabitkan sebuah Proton Persona dipandu wanita tempatan berusia 26 tahun, Toyota Unser dipandu lelaki berusia 23 tahun dan Proton X70 dipandu lelaki berusia 58 tahun.

"Siasatan awal mendapati Proton Persona dipandu wanita berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton X70 serta Toyota Unser yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu Proton Persona dan Proton X70 mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tangkap layar mengenai kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru.
Tangkap layar mengenai kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru.

Yusof berkata, pemandu Toyota Unser tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!