Dugaan hari pertama Ramadan

Salah sebuah rumah yang terjejas akibat ribut petang semalam.
Salah sebuah rumah yang terjejas akibat ribut petang semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah keluarga di Simpor di sini menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan suram apabila bumbung rumah mereka rosak akibat ribut petang semalam.

Hamdan Che Bulat@Nordin,50, berkata, kejadian jam 4 petang semalam berlaku sangat pantas dan tidak sempat berbuat apa-apa.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Secara tiba-tiba bunyi kuat disusuli dengan angin kencang dan dalam sekelip mata bumbung hilang diterbangkan ribut," katanya.

Keadaan rumah Hamdan yang mengalami kerosakan bumbung akibat ribut petang semalam.
Keadaan rumah Hamdan yang mengalami kerosakan bumbung akibat ribut petang semalam.

Bagaimanapun Hamdan berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim berkata, setakat ini sebanyak 19 buah rumah dikenal pasti terjejas akibat ribut di sekitar Tikam Batu dan sebahagiannya telah dilawati.

Menurutnya, sumbangan barangan keperluan juga telah diagihkan semalam sebagai persediaan Ramadan.

"Mereka yang terjejas akan dibantu bagi meringankan beban mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Fadzli (dua kiri) menziarahi Hamdan (kanan) semalam bagi meringankan beban menyambut hari pertama Ramadan.
Ahmad Fadzli (dua kiri) menziarahi Hamdan (kanan) semalam bagi meringankan beban menyambut hari pertama Ramadan.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten Azahar Ahmad berkata, sehingga jam 7 pagi ini, pihaknya menerima panggilan keemasan sebanyak 24 kes akibat ribut sejak semalam.

Menurutnya, lima kes membabitkan kejadian rumah kediaman atau pokok tumbang, sebuah rumah terjejas akibat banjir kilat dan empat kes lagi dilaporkan berkaitan pokok tumbang di jalan utama.

"Sebanyak 14 kes lagi akan dikenal pasti di mana kerja-kerja pembersihan akan diteruskan hari ini," katanya.