130 rakyat Malaysia ditahan di Pakistan: JSJK diarahkan bertemu pihak berkuasa

Saifuddin Nasution (dua kanan) dan Anthony Loke (tiga kiri) hadir Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri di sini pada Isnin.
Saifuddin Nasution (dua kanan) dan Anthony Loke (tiga kiri) hadir Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri di sini pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman diarahkan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Pakistan membincangkan tindakan berhubung penahanan 130 rakyat Malaysia di Rawalpindi baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, makluman mengenai penahanan itu diterima daripada rakan sejawatnya di Pakistan menerusi panggilan telefon.

Menurutnya, pihaknya akan meneliti laporan yang bakal dikemukakan JSJK Bukit Aman sebelum memutuskan tindakan selanjutnya berhubung kes berkenaan.

"Perbincangan sudahpun berjalan dengan pihak berkuasa sebelah sana untuk membincangkan bagaimana menguruskan isu ini," katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri di sini pada Isnin.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Sebelum ini, media Pakistan melaporkan Agensi Siasatan Jenayah Siber Kebangsaan (NCCIA) menyerbu sebuah premis di KASA Tower, Bahria Town Fasa VIII di Rawalpindi.

Serbuan itu dipercayai membongkar operasi pusat penipuan kewangan yang menyasarkan mangsa di Malaysia menerusi penyamaran sebagai pegawai khidmat pelanggan bank dan polis.

Sindiket berkenaan dilaporkan menggunakan taktik mengugut mangsa dengan mendakwa mereka terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram bagi memperdaya mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!