12,000 PPE disumbangkan bagi keperluan ATM

Ahmad Hasbullah (kiri) mencuba sarung tangan dan topeng muka yang disumbangkan pihak Bank Rakyat hari ini.
Ahmad Hasbullah (kiri) mencuba sarung tangan dan topeng muka yang disumbangkan pihak Bank Rakyat hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bank Rakyat hari ini menyumbang sebanyak 12,000 peralatan perlindungan diri (PPE) yang terdiri daripada 2,000 botol pencuci tangan pembasmi kuman, 5,000 keping topeng muka dan 5,000 sarung tangan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata, pihaknya mengalu-alukan pelbagai pihak menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada barisan hadapan yang menyertai Ops Penawar bagi mengekang pandemik koronavirus di negara ini.

"Kita amat berterima kasih atas sokongan moral dan dan pihak yang tidak jemu menyokong tugasan barisan hadapan.

"Apa juga bantuan dan sumbangan serta sokongan terhadap kita amat dihargai dan mengharapkan lebih ramai tampil ke depan," katanya kepada media selepas menerima sumbangan barangan keperluan petugas ATM yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat/Pemangku Ketua Pemasaran Dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani.

Sementara itu, Ahmad Hasbullah berkata, sehingga kini seramai 7,000 pegawai dan anggota ATM telah diatur gerak di seluruh negara melibatkan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Bagi memastikan petugas barisan hadapan sentiasa mengutamakan kesihatan diri sebelum bertugas, kita juga telah perkenalkan tagline 'Stay Healthy, Protect Yourself' (kekal sihat, lindungi diri anda).

"Diharap semoga wabak koronavirus (Covid-19) ini dapat diperangi bersama dan kita berdoa supaya bebas daripada wabak ini," katanya.

Artikel Berkaitan: