19 dicekup terlibat parti liar di homestay

Pihak polis menahan tujuh lelaki tempatan dan lima wanita Thailand kerana terlibat dalam parti liar di di sebuah homestay di Iskandar Puteri, Johor pada jam 2.15 pagi semalam.
Pihak polis menahan tujuh lelaki tempatan dan lima wanita Thailand kerana terlibat dalam parti liar di di sebuah homestay di Iskandar Puteri, Johor pada jam 2.15 pagi semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 19 individu dicekup terlibat dalam parti liar dan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam serbuan di dua homestay berasingan sekitar daerah ini semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 18 hingga 30 tahun itu membabitkan 10 lelaki dan empat wanita tempatan serta lima wanita warga Thailand.

Beliau berkata, serbuan pertama di sebuah homestay di Masai pada jam 1 pagi kelmarin menahan tiga lelaki dan empat wanita tempatan berusia 18 hingga 30 tahun.

"Hasil saringan mendapati seorang lelaki positif dadah jenis ganja. Siasatan awal mendapati semua suspek bukan penghuni premis itu dan gagal memberikan alasan munasabah untuk berkumpul," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihak polis menahan tujuh lelaki tempatan dan lima wanita Thailand kerana terlibat dalam parti liar di di sebuah homestay di Iskandar Puteri, Johor pada jam 2.15 pagi semalam.
Pihak polis menahan tujuh lelaki tempatan dan lima wanita Thailand kerana terlibat dalam parti liar di di sebuah homestay di Iskandar Puteri, Johor pada jam 2.15 pagi semalam.

Katanya, semua suspek direman selama tiga hari bermula kelmarin dan disiasat di bawah Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 manakala suspek yang positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, serbuan kedua di sebuah homestay di Iskandar Puteri pada jam 2.15 pagi semalam menahan tujuh lelaki tempatan dan lima wanita Thailand berusia 22 hingga 30 tahun.

Jelasnya, hasil saringan mendapati semua mereka positif dadah jenis metamfetamin, amphetamin dan ketamin selain mengakui bukan penghuni premis tersebut serta turut gagal memberikan alasan munasabah untuk berkumpul.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ayob Khan, hasil semakan mendapati dua lelaki mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Lima wanita Thailand itu katanya, akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan direman selama 14 hari bermula semalam hingga 5 Mei ini.

Tambahnya, semua suspek yang positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan turut didakwa di bawah Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 selain direman dua hari bermula semalam.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.