105 keluarga terjejas akibat ribut di Bagan Serai, Parit Buntar

Seramai 105 keluarga terjejas selepas bumbung rumah mereka rosak teruk dalam kejadian ribut melibatkan 54 rumah di sekitar Parit Buntar dan Bagan Serai, semalam.
Seramai 105 keluarga terjejas selepas bumbung rumah mereka rosak teruk dalam kejadian ribut melibatkan 54 rumah di sekitar Parit Buntar dan Bagan Serai, semalam.
A
A
A

BAGAN SERAI - Seramai 105 keluarga terjejas selepas bumbung rumah mereka rosak teruk dalam kejadian ribut melibatkan 54 rumah di sekitar Parit Buntar dan Bagan Serai, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Leftenan (PA) Noor Hafizah @ Noor Ulin Ismail, berkata, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dalam kejadian ribut yang berlaku antara jam 3.30 hingga 4.30 petang itu.

Beliau berkata antara kampung yang terjejas di Parlimen Bagan Serai ialah Kampung Parit Abu Hassan, Kampung Matang Jelutong, Kampung Matang Merbau, Kampung Parit Ismail 1, 2 dan 3, Kampung Parit Mentara 1 dan 2, Kampung Alor Kubu, Kampung Parit Haji Ali, Kampung Sungai Pinang, Kampung Parit 4 dan 3, Kampung Sungai Protan, Kampung Teluk Medan, Kampung Parit Gabis, Kampung Parit Haji Aman dan Kampung Masjid Tinggi.

”Di Parlimen Parit Buntar pula membabitkan Kampung Tanah Kebun, Parit Tok Ngah, Kampung Parit Mat Alam. Kejadian ribut turut mengakibatkan beberapa bumbung masjid rosak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri, ketika dihubungi berkata, Tabung Bencana Daerah akan memberikan bantuan segera kepada mangsa terlibat bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Ramadan.

"Jumlah bantuan mengikut kerosakan rumah yang dialami mangsa. Kebanyakan rumah rosak di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin dan tiada mangsa yang cedera," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: