Ahli politik perlu patuh garis panduan MKN

Wan Ahmad Fayhsal bersama Yayasan Geomatika menyampaikan bantuan makanan kepada pelajar-pelajar Universiti Geomatika yang tidak dapat pulang ke kampung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Wan Ahmad Fayhsal bersama Yayasan Geomatika menyampaikan bantuan makanan kepada pelajar-pelajar Universiti Geomatika yang tidak dapat pulang ke kampung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua ahli politik perlu akur terhadap saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagi mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum melakukan kerja amal.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau turut bersetuju dengan saranan Abdul Hamid dan semua ahli politik seharusnya mematuhi garis panduan ditetapkan MKN.

"Saya juga perlu mendapatkan kebenaran daripada MKN atau polis untuk menjalankan aktiviti pemberian bantuan kepada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis pemberian makanan tengah hari kepada pelajar Kolej Universiti Geomatika, di sini hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, ahli politik dan masyarakat juga perlu berdisplin dalam memastikan usaha kerajaan memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19) tercapai.

"Kita perlu berdisplin bagi memastikan rantaian Covid-19 putus," katanya.

Terdahul,u Abdul Hamid memaklumkan, selain badan bukan kerajaan, pihak swasta, agensi kerajaan serta ahli politik juga perlu mendapatkan kebenaran daripada MKN untuk menjalankan sebarang aktiviti, pada masa sama, ada produser operasi standard yang perlu diikuti pihak terlibat.

Artikel Berkaitan: