50 keluarga terima sumbangan menjelang Ramadan

Seramai 50 keluarga dan sembilan pekerja yang terkesan dengan PKP menerima sumbangan melalui Program Istiqlas Warga SK Mohd Shah, Tasek Gelugor pagi tadi.
Seramai 50 keluarga dan sembilan pekerja yang terkesan dengan PKP menerima sumbangan melalui Program Istiqlas Warga SK Mohd Shah, Tasek Gelugor pagi tadi.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seramai 50 keluarga dari golongan B40 menerima sumbangan barangan keperluan melalui Program Istiqlas Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd Shah, Tasek Gelugor pagi tadi.

Selain itu, sembilan pekerja pembersihan dan keselamatan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menerima sumbangan.

Antara barangan yang diserahkan adalah beras, minyak masak, gula, telur, ayam, buah kurma dan kicap.

Program yang diadakan setiap tahun menjelang Ramadan itu merupakan kali ketujuh diadakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

Walaupun berada dalam tempoh PKP program masih diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) antaranya menjaga penjarakkan sosial.

Wakil IPD Seberang Perai Utara, Inspektor Zainudin Ibrahim dalam ucapannya berkata, ibu bapa berperanan dalam memastikan anak-anak mereka mematuhi PKP.

Menurutnya, ibu bapa perlu mengawal pergerakan anak mereka sepanjang perintah ini dijalankan bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Sementara itu, Guru Besar SK Mohd Shah, Azmar Yahaya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat antaranya Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pinang Tunggal, Kedai Runcit Kak Yoon, Sinar Harian dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Artikel Berkaitan: