JS Meats perkukuh jaminan, peroleh sijil halal Jakim

JAYA GROCER melalui jenama produknya, JS Meats mengukuhkan jaminan halal buat rangkaian produk mereka apabila memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini.
Pensijilan itu meliputi proses penyediaan, pemotongan, pengendalian dan pembungkusan daging serta turut melibatkan operasi berkaitan di dapur berpusat Jaya Grocer.
Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng berkata, pensijilan daripada Jakim itu akan meningkatkan ketelusan dan keyakinan pengguna terhadap rangkaian 150 produk JS Meats merangkumi stik, sosej, pati dan pelbagai pilihan daging lain.
“Jaminan halal telah menjadi sebahagian daripada perjalanan JS Meats sejak awal, bermula dengan amalan mendapatkan bekalan daging daripada pembekal yang diperakui halal.
“Pensijilan ini merupakan langkah seterusnya dalam memperkukuh jaminan tersebut, dengan peluasan kepada operasi pemprosesan dan pengendalian daging kami sendiri,” katanya.
Majlis meraikan JS Meats memperoleh sijil halal Jakim diadakan di KL East Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri Penolong Pengarah Kanan Bahagian Advokasi Hab Halal Jakim, Ustaz Imran Abd Rahman.
Menurut Daniel, sijil halal tersebut diperoleh selepas melalui tempoh persediaan selama 12 bulan, termasuk semakan proses serta penyelarasan operasi dapur berpusat Jaya Grocer dengan keperluan halal yang ditetapkan.
Dalam pada itu ujarnya, Jaya Grocer turut memanfaatkan kepakaran pasukan Master Butcher yang mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam penyediaan dan pemotongan daging.

Pasukan berkenaan bekerjasama dengan tukang daging serta kakitangan di cawangan terpilih bagi memberikan latihan praktikal dan bimbingan berkaitan teknik pemotongan profesional, penyediaan serta pengendalian daging.
Menurutnya, untuk meraikan JS Meats memperoleh sijil halal, pihaknya berbesar hati menawarkan promosi istimewa bagi produk terpilih JS Meats dari 13 hingga 18 Oktober di semua 63 cawangan Jaya Grocer seluruh negara.
Produk JS Meats terpilih juga boleh didapati melalui aplikasi GrabMart yang memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk meneroka dan membeli rangkaian produk tersebut secara dalam talian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

