[VIDEO] ‘Saya berserah, harap ada keadilan buat arwah Irene Sofiya' - Datuk

A
A
A

BATU PAHAT – Datuk kepada Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, berharap tertuduh dalam kes kematian cucunya menerima hukuman setimpal jika didapati bersalah atas perbuatan yang dilakukan.

Khyar ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Selamat Yong Peng, Batu Pahat.
Khyar ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Selamat Yong Peng, Batu Pahat.

Khyar Abas, 69, berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi memastikan keadilan ditegakkan buat arwah.

“Saya berharap pertuduhan yang dibuat hari ini dapat membawa kepada hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan, jika terbukti bersalah.

“Kita berserah dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, di sini pada Khamis.

Menurutnya, keluarga berharap pihak berkuasa dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah bagi memastikan kes berkenaan dikendalikan mengikut proses perundangan yang ditetapkan.

“Saya mengharapkan ada keadilan untuk arwah cucu saya,” katanya.

Beliau berkata, keluarga kini hanya menunggu proses perundangan berjalan dan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa yang mengendalikan kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara

Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan

Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini

Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari

Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek

Irene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan

Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas akan didakwa pagi ini

Kes bunuh Irene Sofiya: Sebar kenyataan palsu, keluarga suspek sedia ambil tindakan undang-undang

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Oktober lalu, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan, dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.

Remaja yang juga anak tunggal itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas tamat kelas tambahan. Rakannya kemudian menemukan motosikal yang ditunggang mangsa di kawasan sekolah.

Rakannya seterusnya memaklumkan perkara itu kepada datuk dan nenek mangsa di Kampung Parit Selamat sebelum neneknya, Jameyah Rabani, 65, bersama ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta beberapa rakan pergi ke sekolah untuk mencarinya.

Mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan parah di dewan sekolah sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar lelaki yang juga rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan.

Suspek direman sejak 4 Oktober lalu dan tempoh remannya berakhir pada Khamis.

Pada hari sama, tertuduh didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Prosiding pertuduhan dijalankan secara tertutup kerana tertuduh masih di bawah umur.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!