Dendam cinta ditolak punca Irene Sofiya dibunuh, suspek dakwa mangsa jalin hubungan dengan rakan baik sendiri - Polis

AB Rahaman berkata, dendam kerana cinta ditolak menjadi punca remaja perempuan, Irene Sofiya, 16, dibunuh, Sabtu lalu
AB Rahaman berkata, dendam kerana cinta ditolak menjadi punca remaja perempuan, Irene Sofiya, 16, dibunuh, Sabtu lalu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dendam kerana cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif pembunuhan terhadap Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata, suspek juga tidak berpuas hati kerana mangsa didakwa menjalin hubungan dengan rakan baiknya sendiri.

Menurutnya, perkembangan baharu itu susulan soal siasat dibuat terhadap suspek berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas mangsa.

Suspek tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
Suspek tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

“Siasatan terkini mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa kerana menolak cintanya.

"Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika sidang akhbar pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Artikel Berkaitan:

Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara

Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan

Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini

Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari

Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek

Reman terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi bermula esok.
Reman terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi bermula esok.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar perempuan tingkatan empat meninggal dunia dipercayai dibunuh di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Yong Peng, Batu Pahat, pada 3 Oktober lalu.

Bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di kepala.

Kejadian itu membawa kepada tangkapan tiga remaja lelaki dengan salah seorang daripadanya direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

AB Rahaman menjelaskan, beberapa kecederaan juga dikesan pada anggota badan mangsa disyaki cuba mempertahankan diri.

“Kita tidak menolak berlakunya pergelutan antara kedua-duanya berdasarkan beberapa kesan kecederaan pada tangan Irene Sofiya.

“Setakat ini juga, tiada cubaan rogol terhadap mangsa,” ujarnya.

Penahanan suspek turut membawa kepada rampasan pelbagai barang termasuk sebatang besi berukuran 96 sentimeter yang dibalut dengan tali leher.

Katanya, senjata itu dipercayai digunakan suspek ketika menyerang mangsa.

“Kertas siasatan yang sudah lengkap akan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor hari ini untuk arahan selanjutnya,” ujarnya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!