X

Kindly register in order to view this article
!

Kita belum menang, belajar daripada Singapura

A
A

ESOK genap 36 hari seluruh rakyat Malaysia melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menghapuskan virus korona.

Ibarat maraton panjang yang masih belum bertemu reben penamatnya, namun sejak beberapa hari lalu, angka positif Covid-19 menunjukkan trend penurunan ketara di Malaysia.

Bayangkan daripada angka lebih 200 kes pada sekitar Mac, sejak beberapa hari lalu angka positif Covid-19 turun di bawah angka 100.

Malah, kelmarin kita terus menerima perkhabaran gembira apabila hanya 36 kes positf Covid-19 dicatatkan. Pendek kata, signal ke arah mendapatkan lekukan rata pada graf Covid-19 sudah ada.

Namun, seiring dengan laporan gembira itu, lain pula ceritanya di seberang Tambak Johor, negara jiran kita Singapura.

Ketika dunia menjadikan Korea Selatan dan Singapura sebagai negara contoh untuk mendapatkan lekukan rata graf Covid-19, namun awan hitam korona kembali singgah di Singapura.

Timbul persoalan apa yang sudah terjadi di Singapura? Dalam keadaan negara itu pada Mac hanya mencatatkan setakat 20 atau 30 kes sehari, tiba-tiba sahaja angka harian itu melonjak kepada 386 kes pada 13 April lalu.

Lebih menakutkan angka tersebut naik lagi hampir empat kali ganda dengan jumlah kes harian tertinggi 1,426 pada Isnin lalu.

Situasi tersebut menyebabkan Singapura kini menjadi negara Asia Tenggara dengan jumlah pesakit Covid-19 tertinggi apabila angkanya mencecah 9,125.

Melihat kepada keadaan di negara jiran itu, ternyata Malaysia tiada pilihan lain untuk mempelajari dan mendalami belenggu korona yang kembali menghimpit Singapura.

Dengan PKP hanya tinggal tujuh hari lagi, di bahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pasukannya terpikul tugas berat sama ada sudah boleh mengisytiharkan kemenangan ke atas wabak pembunuh ini.

Persoalannya selepas ini, adakah PKP mahu diteruskan atau ditamatkan? Atau adakah penarikan semula PKP dibuat secara berperingkat mengikut sektor tertentu?

Atau apakah new normal baharu yang perlu dilaksanakan apabila rakyat Malaysia kembali hidup seperti biasa?


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!