Pindah sekolah tak tahan fizikal tubuh diejek

Buli siber dan secara verbal dorong remaja tutup akaun media sosial, guna pelitup muka ketika keluar rumah.
Buli siber dan secara verbal dorong remaja tutup akaun media sosial, guna pelitup muka ketika keluar rumah.
A
A
A

SHAH ALAM – Ejekan terhadap bentuk badan dan keadaan kulit wajah sehingga menjejaskan keyakinan diri, mendorong seorang remaja mengambil keputusan berpindah sekolah selepas menjadi mangsa buli secara bersemuka dan di media sosial.

Ilya, 16, berkata, rakannya berdepan perbuatan tersebut sejak awal tahun ini di sekolah selain menerima komen negatif dalam talian.

Menurut pelajar sekolah swasta itu, pengalaman berkenaan menyebabkan mangsa semakin rendah diri, kurang yakin bergaul dan sesekali memakai pelitup muka kerana berasa lebih selesa menutup wajah.

“Dia jadi down dengan diri sendiri dan kurang yakin, malah kadang-kadang dia pakai pelitup muka sebab rasa lebih selesa macam itu.

“Keadaan itu turut menyebabkan dia lebih berhati-hati ketika bergaul kerana sekarang mudah terasa dengan percakapan orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Ilya, perkara tersebut kemudian dimaklumkan kepada guru sebelum teguran diberikan kepada pelajar terlibat.

Bagaimanapun, tekanan dialami menyebabkan rakannya mengambil keputusan pindah sekolah bagi mengelak tekanan berterusan.

“Sekarang dah tak ada yang buat macam itu pada dia, Alhamdulillah.

“Pengalaman tersebut masih memberi kesan. Dia lebih selesa berkawan dalam kelompok kecil dan kurang mencampuri pergaulan bersama rakan sekolah.

Artikel Berkaitan:

“Dia lebih selesa bersendirian sebab rasa cepat sangat emosi dan mudah terasa,” katanya.

Menurut Ilya, mangsa turut mempertimbangkan untuk menutup akaun media sosial bagi mendapatkan ruang dan ketenangan.

“Dia nak tutup media sosial sebab nak rasa tenang. Walaupun mungkin nanti dia akan rasa sunyi, tetapi dia rasa itu lebih baik untuk teruskan hidup dengan tenang.

“Saya rasa kalau nampak kawan kena macam itu, jangan diam. Kita boleh bagi sokongan dan beritahu cikgu supaya perkara itu boleh diambil tindakan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!