KKM, MKN rangka pelan benarkan pelajar IPT pulang

Gambar hiasan. Foto: Bernama
Gambar hiasan. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merangka pelan strategik bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membenarkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang berada di kampus untuk pulang ke kampung masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi memastikan pergerakan pulang pelajar dalam keadaan terkawal dan tidak serentak.

"Kami mengetahui beberapa pelajar di universiti telah berada di kampus selama empat minggu.

"Apa yang lebih penting adalah perancangan jadual mereka untuk pulang," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian mengulas mengenai kebenaran pulang pelajar IPT ke kampung masing-masing memandangkan Ramadan akan tiba.

Artikel Berkaitan: