'Masih terbayang wajah mereka' - Ibu tiga beradik maut sukar terima kehilangan anak serentak

Julaiha (empat dari kiri) bersama suami, Norlizan (dua dari kanan) menerima kunjungan Ahmad Maslan (tiga dari kanan) di Kampung Parit Haji Siraj, Pontian pada Sabtu.
Julaiha (empat dari kiri) bersama suami, Norlizan (dua dari kanan) menerima kunjungan Ahmad Maslan (tiga dari kanan) di Kampung Parit Haji Siraj, Pontian pada Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - "Masih terbayang wajah anak-anak, sampai tak dapat melelapkan mata."

Demikian luahan pilu ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong di sini pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik maut: Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah'

Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik

Julaiha Munaji, 43, berkata, kehilangan tiga anak serentak dalam tragedi itu amat sukar diterima tambahan pula kejadian berlaku hanya kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Julaiha tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian kemalangan meragut nyawa tiga anaknya.
Julaiha tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian kemalangan meragut nyawa tiga anaknya.

Lebih meruntun hati, tiga anaknya yang maut dalam tragedi itu masing-masing adalah anak ketiga, kelima dan keenam daripada enam beradik, sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh keluarga.

Artikel Berkaitan:

Anak bongsunya, Puteri Naufa Raisha satu-satunya anak perempuan dan paling rapat dengannya, tambahnya.

"Fikri selalu bermain basikal di depan rumah dengan kawan-kawan. Bila keluar rumah, saya terbayang Fikri.

“Aiman pula sangat rajin dan selalu menghantar adik-adiknya ke sekolah. Dia banyak tolong saya selepas saya ditimpa kemalangan sehingga patah tangan kiri," ujarnya.

Sebelum itu, Julaiha dan suaminya, Norlizan Khamis, 42, menerima kunjungan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di rumah mereka di Kampung Parit Haji Siraj di sini pada Sabtu.

Kini katanya, rumah mereka tidak putus dikunjungi saudara mara, penduduk setempat, rakan-rakan kelas arwah anaknya dan orang ramai.

"Ramai yang datang bertanyakan khabar serta memberikan kata-kata semangat kepada saya dan suami.

"Saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang keadaan kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!