Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

Tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah dalam kejadian di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi Khamis.
Tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah dalam kejadian di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi Khamis.
A
A
A

PONTIAN - Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan lapan tahun serta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian mengesahkan kejadian berkenaan.

Lokasi nahas membabitkan sebuah motosikal dan lori yang mengorbankan tiga nyawa.
Lokasi nahas membabitkan sebuah motosikal dan lori yang mengorbankan tiga nyawa.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Difahamkan, ketiga-tiga beradik terbabit dalam perjalanan menuju ke sekolah.

Kejadian itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di seluruh Johor selama dua hari susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.
Kejadian itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di seluruh Johor selama dua hari susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di seluruh Johor selama dua hari susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.

Sementara itu tular beberapa video dan gambar kejadian ngeri berkenaan tragedi itu. 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!