Hospital Mawar mohon lesen di bawah pengurusan baharu

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Pusat Perubatan Mawar (PPM) dan Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) yang berdepan masalah pengurusan sebelum ini sedang dalam proses mendapatkan lesen di bawah pengurusan baharu.

Perunding Penjagaan Kesihatan SendiHartamas Sdn Bhd, Kamaljeet Singh berkata, pengurusan baharu PPM iaitu SendiHartamas Sdn Bhd yang juga anak syarikat milik penuh Intelek Ceria Sdn Bhd dalam proses buat memohon lesen baharu selepas mendapat nasihat daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAP).

"Harapnya Kementerian Kesihatan dapat luluskan segera permohonan itu bagi membolehkan kami beroperasi seperti biasa.

"Ramai pesakit sudah hubungi doktor masing-masing bertanyakan mengenai operasi hospital,” katanya dalam satu sidang media, kelmarin.

November tahun lalu, Kementerian Kesihatan mengarahkan pemberhentian operasi dan pengguguran perkhidmatan PPM berikutan peletakan jawatan hampir semua pakar perubatan di pusat berkenaan.

Media melaporkan, semua doktor meletak jawatan pada 1 November lalu kerana tidak dibayar gaji yang jumlahnya dipercayai mencecah jutaan ringgit.

Sementara itu Kamaljeet berkata, ketika ini seramai 516 pekerja termasuk doktor masih bertugas seperti biasa walaupun operasi hospital terpaksa dihentikan.

Lebih positif beliau berkata, lapan daripada daripada 11 pakar perubatan yang yang berhenti sebelum ini bersetuju berkhidmat semula dengan hospital berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Saya berharap pengurusan baharu ini akan mengubah cara operasi hospital kepada lebih baik, sekali gus menjadi antara pusat perubatan yang memberi perkhidmatan terbaik di daerah ini.

“Jika hospital ini sudah dapat lesen baharu dan semuanya berjalan lancar, kami bercadang tukar nama kepada Pusat Perubatan Putra Mawar,” katanya.

Terdahulu, kerajaan kerajaan negeri yang bercadang mengambil alih hospital berkenaan namun membatalkan hasrat berikutan harga ditawarkan didakwa konsisten dan munasabah.